ayah, i miss u...
i need u laaaa.....
bile mau balik????
ayah,
hanya kau lelaki yang kekal abadi dalam hidupku,
memberi sinaran dalam diri ini,
yang takkan dapat ku cari ganti,
hanya kau seorang ayahku....
ayah,
dikala ku kesepian,
dikala ku kesedihan,
kau datang memberikan ku sinaran,
yang telus dan penuh dengan kasih sayangmu..
ayah,
kasihmu tidak berbelah bagi lagi,
biarlah orang lain mengata,
biarlah orang mengeji,
hanya kau lah ayahku seorang...
selamat hari bapa, ayahku..
aku sayang padamu..
beliau lah sidia yang amat ku rindui selama ini..
moga kau pulang kepangkuan kami dengan selamat..
kami semua amat merinduimu..
semoga perjuanganmu selesai dengan amannya..
dan aku sangat mendambakan kasihmu, ayahku...
special for you, Encik Ramli Achmad...
moga kasih sayangmu dapat menyirami kami kembali..
aku berjanji tidak menyakiti hatimu lagi..
aku berjanji menunaikan hasratmu...
aku berjanji tidak menghancurkan hatimu, tidak lagi...
terimakasih menjadi ayahku selama ini,
terimaksih melayan kerenahku,
terimaksih menyediakan kehendakku,
terimakasih untuk segalanya..
dan aku berjanji menjadi anak yang berguna padamu....
dan itu janjiku padamu...
ayahku sering dipandang hina..
kami sekeluarga sering di buat endah xendah, kerana ayahku seorang indonesian...
tapi ayahku lah yang banyak menyumbangkan segala tenaga, wang, maruah dan macam2 lagi untuk menyenangkan kami sekeluarga...
dan aku tidak pernah malu untuk mengaku, malah berbangga, aku anak indon...
ayah yang bersusah payah membesarkan kami semua dengan kata2 umpatan, kejian dari famili ibuku, ayahku sendiri..
tapi mereka xsedar, tanpa mereka, famili ayahku xkan berada di malaysia ni mencari rezeki..
korang semua hanya datang ketika ayahku mewah, tapi ketika kami kesusahan, tiada seorang pun sudi menghulurkan bantuan..
itulah nasib Ramli Achmad..
tapiku tahu, ayah ku seorang yang tabah, cekal..
moga sinar kebahagiaan masih ada untuk kami sekeluarga..
dan aku akan kekal menjadi anakmu, menyokong tindakanmu kerna sayangku tidak berbelah bagi lagi..
kerna hanya kau ayahku.........
No comments:
Post a Comment