Wednesday, August 13, 2008

ooh, tidak,gombak KL nk diambil alih

Enam kampung bantah (sumber dari hmetro.com.my)
KUALA LUMPUR: Kibaran bendera hitam dan bacaan puisi syahdu mengiringi penyerahan memorandum bantahan enam buah kampung di sini, terhadap Draf Pelan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (DPBKL 2020).

Memorandum itu diserahkan kepada Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup sempena program Majlis Sambutan Ramadhan 1429H dan Ramah Mesra Penduduk Setempat Bersama Ketua Pengarah DBKL di Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam,di sini, semalam.

Penyerahan memorandum penuh simbolik anjuran Majlis Pemuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) mewakili Kampung Bandar Dalam, Kampung Puah, Kampung Sungai Mulia(umah aku), Kampung Sungai Merali, Kampung Chubadak dan Kampung Padang Balang sebagai tanda protes terhadap DPBKL 2020 yang meliputi pengambilan tanah di kampung berkenaan.

Pengerusi Muafakat, Ishak Surin, berkata mereka bimbang sekiranya pelan itu diteruskan akan menyebabkan identiti dan tradisi perkampungan Melayu lenyap ditelan pembangunan yang semakin pesat masa ini.

Katanya, dia mewakili enam buah kampung berkenaan melahirkan kesedihan kerana kampung yang diterokai hampir 200 tahun lalu oleh nenek moyang dan menjadi warisan kepada penduduk di situ sehingga kini akan berubah wajah bagi memenuhi tuntutan pembangunan dirancang DBKL.

n




susah2 nenek moyang aku bukak kawasan ni, senang2 dorang je nk rancang balik...
ni pinggir KL la, xusik pun xpe..janji jalan ok..cukup la...

No comments: